`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 15, 2023

Didakwa naik yuran perkhidmatan ‘secara senyap’, KPT siasat UM

 

Persatuan Mahasiswa Progresif UM mendakwa yuran perkhidmatan dikenakan kepada pelajar baru sesi akademik 2023/2024 sebanyak RM360, dengan kenaikan sebanyak RM119 atau 49.38 peratus berbanding tahun sebelumnya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi akan menyiasat dakwaan pelajar bahawa Universiti Malaya (UM) menaikkan yuran perkhidmatan secara senyap-senyap, kata Menterinya Khaled Nordin.

Khaled berkata pihaknya belum menerima laporan lengkap berhubung dakwaan dibuat oleh Persatuan Mahasiswa Progresif UM.

“Ya, ini semua perkara yang ada (berlaku) di universiti, benda- benda begini kadang-kadang universiti memang dia tak maklum atau merujuk kepada kementerian.

Khaled Nordin.

“Jadi itu yang kementerian kadang-kadang pun tak tahu, apa- apa pun kita akan menyiasat perkara ini,” katanya dalam sidang media di Pahang menurut Malaysiakini.

Semalam, Presiden Persatuan Mahasiswa Progresif UM Nurul Afrina Rosli menuntut penjelasan daripada pihak pentadbiran universiti itu yang didakwa menaikkan yuran perkhidmatan secara senyap tanpa sebarang notis dikeluarkan.

Dakwanya, yuran perkhidmatan dikenakan kepada pelajar baru sesi akademik 2023/2024 sebanyak RM360, dengan kenaikan sebanyak RM119 atau 49.38 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Khaled bagaimanapun menjelaskan perkara itu berlaku hanya di satu universiti sahaja dan pihaknya belum menerima aduan berkaitan isu sama di tempat lain. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.