`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 16, 2023

Pelatih PLKN boleh jadi pasukan simpanan keselamatan, kata Ahli Parlimen Tumpat

 

PLKN yang diperkenalkan pada 2003 dimansuhkan sepenuhnya pada 2018. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat pembangkang mencadangkan pengisian Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mungkin diperkenalkan semula, menjurus untuk melahirkan pasukan simpanan keselamatan.

Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) berkata beliau menyokong usaha menghidupkan semula program terbabit namun pengisiannya harus sesuai dengan keadaan semasa.

“Saya menyokong cadangan menghidupkan semula PLKN dengan silibus yang lebih mampan dan semasa.

“Masyarakat dan anak muda perlu bersedia menjadi pasukan simpanan dan diasuh mempertahankan diri dari segi rohani dan jasmani merangkumi aspek kemahiran diri untuk menunjukkan kesiapsiagaan anak muda melindungi negara,” katanya di Dewan Rakyat.

Pada 9 Okt, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan berkata jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan semula PLKN denga mempertimbangkannya dibahagikan kepada dua fasa – pertama untuk pelajar masih bersekolah dan kedua, untuk mereka tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Fasa dua program itu boleh dilaksanakan di 13 kem wataniah di seluruh negara dan satu Pusat Latihan Polis (Pulapol) sambil menyifatkan rancangan itu lebih “sesuai” dan boleh memuatkan 25,000 pelatih setiap sesi.

PLKN diperkenalkan pada Disember 2003, sebelum dihentikan selama setahun pada 2015 akibat rasionalisasi perbelanjaan. Ia diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0, sebelum dimansuhkan pada Ogos 2018. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.