`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 16, 2023

Pengeluaran bersasar lebih baik dari akaun fleksibel KWSP, kata Ahli Parlimen pembangkang

 

Wan Saiful Wan Jan turut bimbang akaun fleksibel KWSP tiada tarikan berbanding SSPM dari segi penyediaan insentif. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang berkata cadangan kerajaan memperkenalkan akaun fleksibel atau akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan membantu pencarum terjejas.

Wan Saiful Wan Jan (PN- Tasek Gelugor) berkata langkah itu seolah-olah menyamakan akaun di institut perbankan dan dianggap ‘tidak logik kerana jumlah simpanan nanti terlalu kecil’.

Wan Saiful Wan Jan.

“Dalam kita mempersediakan rakyat untuk masyarakat menua, rayuan pengeluaran dana KWSP bersasar bagi rakyat yang terdesak adalah lebih baik dan logik berbanding pengenalan akaun fleksibel atau akaun 3.

“Pencarum terbeban hari ini, bagaimana mungkin mewujudkan akaun fleksibel pada 2024 boleh membantu mereka yang terbeban hari ini,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau juga bimbang akaun baharu berkenaan tiada tarikan untuk pencarum KWSP berbanding Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dari segi insentif.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan akaun fleksibel KWSP yang boleh diakses pencarum pada bila-bila masa.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula “untuk memperkasa simpanan persaraan”.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Amir Hamzah Azizan berkata penstrukturan itu dibuat bagi memastikan ahli boleh memenuhi keperluan hidup tanpa menjejaskan simpanan mereka. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.