Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim (PN), calon Pakatan Harapan Ahmed Wafiuddin Shamsuri dan calon Pejuang Isa Ahmad.
Terdahulu, Kasim hadir mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi pada 8.20 pagi tadi.
Dua lagi calon tidak mengundi kerana bukan pemilih berdaftar di DUN Pelangai.
SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi sehingga 75% ke atas berbanding 78% pada PRU15.
Pengiraan undi akan dijalankan di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, dengan keputusan rasmi PRK Pelangai dijangka diumumkan seawal 9 malam ini. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.