`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 3, 2024

37 Pati lolos ditahan setakat petang ini

 

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata, semua tahanan lolos yang ditahan hari ini dibawa ke IPD Tapah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sebanyak 37 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lepas berjaya ditahan setakat 6 petang ini.

Operasi petang ini berjaya menemukan 13 tahanan yang bersembunyi di sebuah ladang di penempatan Orang Asli Kampung Senta, kata Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri.

Bernama melaporkan Mohd Yusri berkata, semua tahanan itu dibawa ke IPD Tapah.

Terdahulu, Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh berkata, setakat pagi tadi, 10 tahanan warga asing tersebut telah ditahan.

Katanya, mereka ditahan selepas masing-masing mula keluar untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman daripada penduduk kampung termasuk di masjid.

Pada malam Khamis, seramai 131 tahanan terdiri daripada etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh melarikan dari depot di Tapah itu.

Semua tahanan itu merusuh dengan merosakkan pagar depot sebelum melarikan diri.

Seorang daripada mereka kemudian maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM335 Lebuh Raya Utara Selatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.