`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, February 15, 2024

‘ACP Ismail’ perdaya peniaga pindah RM692,500

 

Mangsa sedar ditipu selepas membuat beberapa pemindahan wang antara 30 Jan hingga 6 Feb lalu.

PETALING JAYA: Seorang peniaga berputih mata selepas mengalami kerugian berjumlah RM692,500 akibat terpedaya sindiket penipuan “phone scam” yang mendakwa mangsa terbabit kegiatan pengubahan wang haram dan penyeludupan dadah, dua minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata lelaki berusia 38 tahun itu menerima panggilan telefon pada 28 Jan lalu daripada individu konon daripada komunikasi digital di Putrajaya yang mendakwa mangsa terlibat penipuan wang haram.

“Panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang individu yang mengaku sebagai ACP Ismail dari IPD Kangar, Perlis sebelum diminta memuat turun aplikasi Bank Negara Malaysia serta mengisi maklumat diri akaun Affin Bank dan Bank Islam miliknya.

“Mangsa pada 30 Jan lalu, memindahkan wang sebanyak RM300,000 dari akaun Affin Bank miliknya ke akaun pihak ketiga (mule) secara berperingkat,” katanya menurut Bernama.

Zaki berkata, mangsa pada 4 Feb lalu kemudian memindahkan RM400,000 dari Tabung Haji ke dua akaun miliknya.

“Pada 6 Feb, suspek melakukan pemindahan wang milik mangsa ke dua akaun bank berbeza secara berperingkat.

“Semasa mangsa membuat semakan terhadap akaun miliknya itu, dia mendapati wang telah hilang sebanyak RM692,500 dan terus bertindak menyekat semua akaun bank miliknya,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.