`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 3, 2024

Ekonomi global tunjuk momentum positif, kata IMF

 

Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva berkata, konflik Rusia-Ukraine, Israel-Hamas, serta situasi geopolitik yang kompleks masih membawa ketidakpastian kepada prospek ekonomi global. (Gambar IMF)

WASHINGTON: Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva berkata, walaupun unjuran pertumbuhan global naik, tetapi IMF tetap memberikan amaran tentang risiko yang masih wujud, lapor Xinhua.

Pada sidang media di ibu pejabat IMF di Washington pada Khamis, ketua IMF itu berkata, konflik antara Rusia dan Ukraine, Israel dan Hamas, serta situasi geopolitik yang kompleks masih membawa ketidakpastian kepada prospek ekonomi global.

IMF menaikkan unjuran pertumbuhan global kepada 3.1% pada 2024, 0.2 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran pada Oktober 2023, kata Georgieva.

Mengenai gangguan perkapalan di Asia Barat, ketua IMF itu berkata, kargo yang melalui Terusan Suez pada Januari menurun sebanyak 43% berbanding tahun sebelumnya, memberi tamparan kepada ekonomi berkaitan.

Beliau turut menyentuh mengenai risiko mengekalkan kadar faedah yang lebih tinggi untuk tempoh jangka masa panjang.

Sementara itu, bagi Amerika Syarikat, risiko mengekalkan kadar faedah tinggi lebih lama daripada yang diperlukan bukan hanya mendatangkan risiko terhadap ekonomi Amerika Syarikat tetapi untuk ekonomi global, katanya.

“Apabila negara lain, terutamanya yang sedang pesat membangun, menurunkan inflasi kepada kadar faedah lebih rendah, jika AS terus meningkat, itu boleh memberi kesan kepada kadar pertukaran, serta kesan kepada negara lain dengan cara yang agak negatif,” kata Georgieva.

Mengenai ekonomi China, Georgieva memberitahu Xinhua, “ekonomi China menunjukkan prestasi melebihi jangkaan pada 2023.”

Beliau berkata, penting untuk menangani cabaran termasuk tekanan dalam sektor hartanah dan mengurus hutang kerajaan tempatan demi mengekalkan momentum ekonomi China.

Kerajaan China telah mengambil beberapa tindakan membabitkan sektor hartanah, katanya.

Tambahnya, komitmen China terhadap ekonomi hijau terbukti menerusi keputusan penting terutamanya dalam sektor seperti kenderaan elektrik. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.