MELAKA: Sebuah kedai menjual peralatan dapur dan elektrik serta empat kenderaan musnah dalam sebuah kebakaran di Taman Seri Duyong 2 di sini awal pagi tadi.
Komander Operasi Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Izwan Arief Mat Nor berkata, sepasukan 35 anggota digerakkan ke lokasi susulan panggilan kecemasan pada 12.23 tengah malam.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku setelah kedai itu tutup.
“Sejurus tiba di lokasi sembilan minit kemudian, kebakaran kedai jenis separuh kekal yang berkeluasan 70×250 kaki persegi itu didapati 80% terbakar,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, kebakaran turut melibatkan dua buah kereta, iaitu Toyota Estima dan Proton Satria, satu lori jenis Isuzu dan satu van.
Api dapat dikawal pada kira-kira 3.40 pagi hasil usaha anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil dibantu BBP Padang Temu, BBP Melaka Tengah, BBP Ayer Keroh dan BBP Tangga Batu.
Operasi tamat sepenuhnya pada 1.17 tengah hari selepas kebakaran dipadamkan sepenuhnya dan tiada risiko berbahaya dipastikan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.