`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 9, 2024

Mahkamah Persekutuan batal 16 peruntukan enakmen syariah Kelantan

 

Panel Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan membatalkan 16 peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 hari ini dianggotai sembilan hakim.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Panel sembilan hakim, yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, mencapai kesimpulan dalam keputusan majoriti 8-1 bahawa DUN tiada kuasa meluluskan 16 peruntukan dalam enakmen itu kerana kesalahan terbabit dirangkumi bawah undang-undang persekutuan.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli yang membuat penghakiman bertentangan berpendapat DUN mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Hakim lain yang bersidang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim; Hakim Besar Malaya Zabidin Diah dan Hakim Nallini Pathmanathan, Mary Lim, Harmindar Singh Dhaliwal, Nordin Hassan dan Abu Bakar Jais. - FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.