`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 19, 2024

Merusuh kerana parkir, 14 ditahan polis

 

Menurut polis, individu berusia 16 hingga 40 tahun itu ditahan semalam bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 148/506 Kanun Keseksaan.

PETALING JAYA: Seramai 14 individu ditahan polis bagi membantu siasatan kes rusuhan di kawasan kejiranan di Kampung Baru, Dengkil, kelmarin.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati penduduk apabila kenderaan yang diparkir telah menghalang laluan.

Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata individu berusia 16 hingga 40 tahun itu ditahan semalam bagi melengkapkan siasatan dan dijangka dibebaskan hari ini dengan jaminan.

“Polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148/506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya menurut Berita Harian.

Kejadian 10.15 malam itu dipercayai berlaku apabila seorang pemandu lori menegur jirannya yang juga ahli keluarga supaya mengalihkan kenderaan yang menghalang laluan.

Mangsa berusia 44 tahun didakwa mengalami lebam di muka, badan dan luka di kepala selepas dibelasah dengan benda keras seperti topi keledar, batu bata dan batang mop. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.