`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 19, 2024

PM ziarah Rafizi di hospital

 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menziarahi Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital. (Gambar X)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menziarahi Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.

Dalam perkongsian menerusi laman Facebook dan X hari ini, perdana menteri mendoakan Ahli Parlimen Pandan itu diberikan kesembuhan segera.

“Berkesempatan ziarah Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.

“Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik. Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin, insya-Allah,” katanya.

Anwar bagaimanapun tidak menyatakan tarikh dan waktu serta hospital Rafizi dirawat.

Pada Oktober tahun lepas media melaporkan Rafizi mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kemudiannya dilaporkan stabil. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.