`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 21, 2024

PRN Sabah: Pemimpin mahu PKR tanding lebih daripada 25 kerusi

 

Pengerusi PKR Sabah dilapor akan menyampaikan hasrat bertanding di 25 kerusi pada PRN akan datang.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR Sabah mahu parti itu bertanding hampir separuh daripada 73 DUN pada PRN akan datang, melebihi 25 kerusi yang akan dicadangkan oleh ketuanya.

Ahli majlis pimpinan negeri, Sazalye Donol Abdullah, percaya PKR mempunyai potensi di kira-kira 35 kerusi.

“Bukan setakat 25 kerusi… 35 kerusi pun PKR boleh,” katanya pada sidang media, lapor Berita Harian.

Sazalye mengulas kenyataan Pengerusi Sangkar Razam semalam bahawa pihaknya akan menyampaikan hasrat bertanding di 25 kerusi pada PRN Sabah ke-17, kepada Presiden Anwar Ibrahim untuk dibincangkan dalam Pakatan Harapan.

Penggal pentadbiran kerajaan negeri dijangka tamat pada Oktober 2025, namun beberapa pihak telah membuat persediaan sekiranya pilihan raya diadakan lebih awal.

Di sebalik kenyataan Sangkar itu, Sazalye dipetik sebagai berkata “sebenarnya kita belum ada keputusan mengenai berapa jumlah kerusi kerana kita belum bermesyuarat lagi berhubung perkara itu.”

Pada PRN Sabah 2020, PKR menang dua kerusi iaitu DUN Inanam dan Api-Api.

Awal bulan ini, sekutu PKR iaitu Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu mengumumkan ia mahu bertanding di beberapa kerusi selain mempertahankan DUN Kadamaian.

Penganalisis sudah menjangkakan permintaan itu memandangkan PRN Sabah 2020 menyaksikan penyertaan banyak parti politik, selain Pakatan Harapan, Warisan, dan Gabungan Rakyat Sabah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.