`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 21, 2024

‘Taib guru politik saya’, kata Nancy

 

Nancy Shukri berkata beliau menerima banyak tunjuk ajar daripada Abdul Taib Mahmud.

PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri menyifatkan pemergian Abdul Taib Mahmud ibarat kehilangan guru yang bertanggungjawab membawanya ke arena politik.

“Secara peribadi, kenangan yang tidak akan lupa adalah Allahyarham insan yang pertama mengajar saya menyertai bidang politik, iaitu sebagai Ahli Parlimen pada 2008 hingga sekarang.

“Pemergiannya satu kehilangan besar bukan sahaja buat Sarawak, malah negara dan saya secara peribadi kerana menerima banyak tunjuk ajar beliau,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata Taib mengabdikan hidupnya untuk membangun dan mensejahterakan Sarawak dan “Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan bakti Allahyarham kepada rakyat Sarawak”.

Taib, bekas Yang di-Pertua Negeri dan ketua menteri Sarawak menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Kuala Lumpur kira-kira 4.40 pagi tadi pada usia 87 tahun.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya esok. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.