`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 10, 2024

Tukang kebun jumpa bom mortar belakang rumah

 

Sebuah bom mortar berukuran 60mm ditemukan pagi tadi di belakang sebuah rumah di Jasin, Melaka. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Seorang tukang kebun menemukan sebutir bom mortar berkarat berukuran 60mm di belakang sebuah rumah di Jasin hari ini.

Bahan letupan jenis “Unexploded Ordnance (UXO)” itu ditemukan di belakang rumah yang terletak di Kampung Tersusun dekat Serkam Darat kira-kira 9 pagi tadi, kata Ketua Polis Jasin Ahmad Jamil Radzi.

“UXO berkenaan ditemukan tukang kebun itu ketika mengemas rumah seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jasin.

“Selepas dimaklumkan isterinya, anggota APM itu yang sedang bertugas balik ke rumah untuk membuat pengesahan,” katanya, lapor Bernama

Ahmad Jamil berkata, anggota APM berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Merlimau kira-kira 10.30 pagi/

Sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom IPK Melaka tiba di lokasi pada 11.45 pagi dan memeriksa bom tersebut sebelum ia dibawa ke Pejabat Pensenjataan IPK Melaka untuk dimusnahkan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.