`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 4, 2024

Artikel Lama Pra PRU15 : Sungguh kronik permasalahan rasuah ini di Malaysia

 


Yang berikut ini adalah secebis tulisan (oleh saya tak tahu siapa penulisnya) daripada sebelum PRU15 (sebelum November 2022). Sedih sekali, sekarang ini adalah Mac 2024 tetapi mesej ini masih relevan.

Maksudnya PRU15 (November 2022) tidak membawa sebarang perubahan positif atau yang boleh dibanggakan. Yang rasuah sudah dilepaskan atau diampunkan.

 

  • Kita cuma ada satu pilihan ditangan kita sekarang. Jika kita tumbangkan muka² menteri yang ada sekarang bermakna rakyat tumbangkan kemungkaran.
  • Selagi negara diperintah, muka² menteri yang ada ini, menjadi menteri semula kerajaan dan negara ini tak akan berubah, tak akan dapat bersaing dengan negara² lain dan tidak akan dihormati oleh dunia.

 

*Sungguh kronik permasalahan rasuah ini di Malaysia. Dari PM, menteri², Timb. menteri, KSU, Ketua Pengarah, Pengarah negeri, timb pegarah negeri, Pegawai Daerah , kakitangan teknikal jabatan² kerajaan , kakitangan pengutkuasaaan , kakitangan Jabatan Agama, Jabatan Baitul Mal, Jakim ramai yang terlibat rasuah . Dah jadi barah teruk tahap lapan. 

Semua yang menjawat jawatan awam pusat dan negeri ramai yang terlibat rasuah , makan duit tepi , makan komisyen, makan bulan², makan komisyen dari kontraktor² yang diberi projek. Malaysia ini dah jadi lubuk rasuah, dah tak terbendung manakan tidak menteri² terlibat rasuah , didakwa akhirnya semua lepas sebab hakim pun terlibat rasuah, Pesuruhjaya S-RM terlibat rasuah, kakitangan S-RM ramai yang didakwa terlibat rasuah.*

  • *Sempadan negara, perairan negara, pintu masuk negara semua bocor, semua mudah dibolosi oleh sendiket² kerana mereka tahu di Malaysia ada sogokan, ada duit untuk penguasa² kerajaan bertugas semua boleh lepas. Itu sebab apapun masalah termasuk pendatang asing ikut laut , ikut darat boleh lepas masuk. 
  • A-MM pun dikhabarkan senang dibolosi dengan duit , Jabatan La-t dan Mar-n semua mudah dibolosi , habis itu kita nak cakap apa lagi. 
  • Memang kerajaan yang ada memang tiada ikhtizam nak benteras rasuah sebab mereka sendiri terlibat rasuah , menteri² kaya-raya, tak padan dengan gaji tak sampai setahun jadi menteri dah kaya luar biasa.*


*Apa yang dikatakan oleh Pengarah Nakortik Bukit Aman Dato Ayob Khan itu adalah realiti dalam Jabatan Polis sendiri. Bukit Aman itu lubuk duit bagi penjenayah, ketua² sendiket haram , dadah , judi, maksiat . Mereka membayar pegawai² polis satu paku , dua paku , tiga paku , tiga , empat bintang semua dibayar . Cuba tengok Ketua Polis N----a, Ketua Polis Negeri, Ketua Polis Daerah mana yang tak kaya mana yang tak hidup mewah, rumah besar yang dinilai tak mampu dibeli jika menggunakan duit gaji mereka . Kereta² mereka walau tak semua , rata² mewah² dan berharga ratusan ribu . Mana mereka dapat duit jadi kaya raya dan jadi senang sebagai penjawat awam.*

*Ayob Khan mungkin ditamatkan perkhidmatan lebih awal kerana membuka pekung pegawai² besar Polis ramai yang rasuah . Ayob Khan adalah baki manusia berjawatan dalam Polis yang masih ada iman , ada pegangan agama, tahu takutkan Allah SWT , sedangkan yang lain dah lebih teruk dari mereka yang tak beriman , hidup makan duit hasil yang subhah , bagi anak bini makan hasil subhah , pergi melancung duit yang subhah , pergi haji duit subhah, serba serbi bagi mereka boleh sahaja.*

*Dato Ayob Khan berkata macamana dadah nak dihapuskan di Malaysia kerana dia memerangi dadah sendirian, pegawai²nya sendiri ramai yang terlibat dengan sendiket dadah, menjadi talibarut sendiket dadah, menjadi pengkhianat kepada bangsa dan negara.* *Pegawai² Nakortik sendiri yang melindungi sendiket dadah, serbuan gagal rahsia bocor awal kerana Pegawai Polis sendiri melindungi mereka* .

*Bekas IGP Hamid Bador pun berkata yang sama seperti Dato Ayob Khan. Pegawai² besar berbintang² di Bukit Aman dibela , disuap oleh ketua² sendiket haram. Hinggakan Tan Sri Hamid Badur mencadangkan supaya diteruskan IPCMC yang bertujuan untuk menyiasat salahlaku Pegawai dan anggota Polis.*

*Negara Malaysia telah masuk ranking negara kedua di dunia yang termasuk dalam indek paling kuat mengamalkan rasuah. Itu sebab PM, menteri² Malaysia tiada negara yang ingin berkawan dengan mereka, mereka dipandang hina macam kita pandang babi. Menteri² dan PM kita tidak dilayan, tidak dihormati oleh negara² luar kerana nama² mereka ada dalam senarai orang² yang terlibat rasuah.*

*Apakah kita patut buat ? Kita kena pastikan negara ini bertukar kerajaan yang tidak korup, kita perlu humbankan pemimpin² um-o--N sekarang kerana mereka lah yang membenarkan rasuah ini berleluasa, merekalah yang menguasai SPRM, Polis dan Tentera. Kita kena pastikan anak² kita, saudara mara kita menjauhi mengundi um-o--N kerana undi u-no--N itu bermakna memilih kecelakaan, memilih kehancuran dan memilih kerosakan.*

*Anak² muda yang melebihi umur 22 tahun keluarlah mengundi PRU15 nanti , ramai²lah bantu keluar mengundi menumbangkan kerajaan yang ada, tumbangkan muka² menteri yang ada sekarang , ini kerana mereka tidak akan berbuat baik kepada negara dan rakyat. Mereka telah digelapkan hati mereka dengan hasil² haram.*

*Kita cuma ada satu pilihan ditangan kita sekarang. Jika kita tumbangkan muka² menteri yang ada sekarang bermakna rakyat tumbangkan kemungkaran.*

*Rakyat boleh memilih kerajaan yang akan membenteras rasuah secara total , kita minta dijalankan hukuman mati kepada pesalah rasuah seperti di Indonesia , China dan Korea Utara. Selagi negara diperintah, muka² menteri yang ada ini , menjadi menteri semula kerajaan dan negara ini tak akan berubah, tak akan dapat bersaing dengan negara² lain dan tidak akan dihormati oleh dunia.*

# Rakyat Malaysia.
#Hapuskan Najis Rasuah Perosak Negara.
#Ubah sebelum PARAH. Ubah demi MARUAH.
#Suara Rakyat Suara Keramat.

(C & P dari group penyokong YDH CP Dato Ayob Khan).

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.