`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, March 18, 2024

Hormat pandangan luar tapi Muda akan tentu haluan sendiri

 

Kerjasama Muda dengan PH yang terhenti apabila Ahli Parlimennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman keluar blok kerajaan mungkin boleh dihidupkan semula jika gabungan itu kembali mengangkat agenda reformasi.

PETALING JAYA: Muda tidak menutup pintu kerjasama dengan mana-mana gabungan termasuk Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) pada masa depan, walaupun kini fokus menjadi kuasa blok ketiga dalam dan luar Parlimen.

Setiausaha Agung, Amir Hadi, berkata dinamik politik menunjukkan parti pernah bermusuhan boleh bekerjasama, mengambil contoh gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) serta parti lain bawah kerajaan perpaduan pasca PRU15.

Justeru, katanya kerjasama Muda dengan PH yang terhenti apabila Ahli Parlimennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman keluar blok kerajaan September lalu, mungkin boleh dihidupkan semula jika gabungan itu kembali mengangkat agenda reformasi dan tidak melepaskan individu daripada tuduhan rasuah.

“Begitu juga dengan PN kalau suatu hari mereka mahu tumpu isu rakyat berbanding isu perkauman atau agama kita pun terbuka,” katanya kepada FMT mengulas gesaan penganalisis politik supaya Muda bekerjasama dengan gabungan politik utama untuk meneruskan kelangsungannya.

Semalam, Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata keputusan PRU dan PRN lalu membuktikan parti berusia kurang tiga tahun itu sukar bersaing dengan parti sudah lama bertapak dalam arena politik negara.

Jumaat lalu, Muda mengumumkan pendiriannya untuk menjadi kuasa blok ketiga dalam dan luar Parlimen, seolah-olah menutup kerjasama dengan PN menerusi pembabitan Syed Saddiq dalam jelajah untuk menerangkan hal ehwal semasa.

Pada 9 Mac lalu, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan itu akan memulakan jelajahnya untuk menerangkan hal ehwal semasa ke seluruh negara selepas Aidilfitri, yang turut disertai Syed Saddiq.

Namun, pengumuman itu disambut “dingin” pemimpin Muda dengan Amir menegaskan partinya tidak terbabit manakala Pemangku Presiden Amira Aisya Abdul Aziz “terkejut”.

Amir turut menepis kenyataan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mendakwa Muda tidak mempunyai kuasa blok ketiga sebaliknya dimiliki Syed Saddiq selaku Ahli Parlimen Muar.

“Kami tahu apa yang patut dan perlu dilakukan. Kami akan fokus kepada menguruskan isu dalaman parti sendiri.

“Kita hormati sebarang pandangan orang di luar parti, tapi parti yang akan tentukan jalannya,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.