`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 17, 2024

Kerugian akibat banjir dianggar hampir RM1 bilion, kata TPM

 

Jumlah kerugian banjir kali ini dianggarkan termasuk kerosakan prasarana, seperti jalan persekutuan dan jalan di luar bandar, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi. (Gambar Bernama)

DUNGUN: Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Beliau berkata, ketika ini, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) masih menilai jumlah sebenar kerosakan yang dialami akibat bencana itu.

“Secara kasar, kita menganggarkan kerosakan keseluruhan mungkin hampir RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Masjid Sultan Mahmud di Bandar Al Muktafi Billah Shah hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Rubiah Wang serta Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) Ahmad Said.

Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata, jumlah kerugian termasuk kerosakan prasarana, seperti jalan persekutuan yang sedang dibaiki oleh Jabatan Kerja Raya, dan jalan di luar bandar oleh KKDW. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.