`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 17, 2024

Medan selera tawar khidmat pelacuran diserbu

 

Polis menyerbu medan selera di Kuala Lumpur yang disyaki menawarkan khidmat pelacuran. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Polis membongkar taktik premis pelacuran menawarkan khidmat melalui medan selera di Kuala Lumpur dengan menahan 47 individu dalam serbuan semalam.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, dua medan selera, dua premis pelacuran dan tujuh premis urut yang beroperasi di sekitar Jalan Pudu serta Bukit Bintang diperiksa mulai 2.50 petang hingga 11 malam Sabtu.

“Siasatan awal mendapati medan selera berkenaan menggunakan taktik memberikan kalungan bunga, yang mana pelanggan akan membayarnya dengan harga tertentu.

“Selepas bayaran dibuat, pelanggan akan membawa keluar wanita warga asing terbabit bagi tujuan perkhidmatan seks,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, 25 wanita serta 14 lelaki warga asing bersama enam lelaki tempatan dan dua wanita tempatan berusia 18 sehingga 60 tahun ditahan dalam serbuan itu.

Menurutnya, polis turut merampas pelbagai peralatan disyaki digunakan bagi perkhidmatan seks, peralatan muzik, resit dan lesen perniagaan, telefon bimbit, kalungan bunga serta wang tunai berjumlah RM4,730.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung sebarang kegiatan menyalahi undang-undang dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau balai polis berhampiran. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.