`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 5, 2024

Pasangan dipercayai dibunuh, polis syak harta jadi punca

 

Pasangan suami isteri berusia 60-am ditemukan maut di kawasan kelapa sawit.

IPOH: Pasangan suami isteri ditemukan maut dipercayai dibunuh di kawasan kelapa sawit di Pantai Remis dekat Manjung.

Ketua Polis Manjung, Mohamed Nordin Abdullah, berkata pihaknya, menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 3.30 petang, daripada seorang lelaki yang memaklumkan bapa saudaranya bergaduh dengan adik lelaki serta isterinya, di sebuah kebun kelapa sawit.

“Kejadian disyaki berpunca daripada perebutan harta, yang menyebabkan berlakunya pergaduhan di antara kedua-dua mangsa dan suspek.

“Kedua-dua mangsa yang berumur dalam lingkungan 60-an ditemukan di dalam kawasan kebun kelapa sawit dan mayat mereka dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat, bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan.

Nordin berkata suspek yang berumur dalam lingkungan 60-an ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung esok, bagi permohonan reman.

Kes dikelaskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Manjung, ASP Ashazarul Khairi Ab Hamid, di talian 012-5087026 untuk membantu siasatan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.