`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 9, 2024

PERDANA MENTERI THAI KERJA KERAS, MICHELIN TYRE BUKA KILANG RM1.5 BILION DI THAI, WARGA THAI TAK PAYAH VISA MASUK EROPAH DAN BANYAK LAGI

 Di Malaysia, Goodyear Tyres akan tutup kilang mereka setelah 54 tahun beroperasi di Shah Alam. 

Di Thailand pula syarikat tayar Perancis jenama Michelin akan menambah pelaburan RM1.5 Billion di kilang tayar mereka di sana.  Setakat ini Michelin telah melabur hampir RM7.0 Billion di Thailand dengan bilangan pekerja lebih 8,000 orang.

 


 



Perdana Menteri Thai Srettha Thavisin telah melawat ke Perancis untuk menarik pelaburan. Selain Michelin setuju melabur lebih RM1.5 Billion syarikat hotel gergasi Accor juga akan memperkembangkan pelaburan mereka di Thailand. 

Kerajaan Thailand juga sedang merunding Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement) antara Thailand dan European Union. Ini bermaksud ASEAN pula sudah mati terkubur. Sebab negara ahli ASEAN seperti Thailand sekarang merunding perjanjian perdagangan bebas  secara direct dengan European Union. Tidak lagi berharap atau bergantung kepada ASEAN.

 

1. Di Malaysia pula kita lebih suka mengalukan kumpulan ekstremis yang telah digelar teroris oleh ramai juga negara Barat dan negara Arab. 

2. Di Malaysia parti politik yang bankrap idea baru untuk majukan rakyat mempermainkan isu halal, isu agama dsbnya kononnya ia adalah masalah besar tetapi sebenarnya tidak ada pun sebarang masalah dalam negara kita berkenaan isu-isu ini.  Sebaliknya negeri yang mereka tadbir mengalami masalah besar maksiat, rogol, pornografi, lucah, sumbang mahram tetapi mereka tidak peduli pot.

3. Kilang lama makin tutup dan pelabur asing pindah ke negara lain.

Dengan penambahan pelaburan RM1.5 Billion oleh syarikat Michelin di Thailand, maka matawang Thai Baht juga akan lebih kukuh. Peluang pekerjaan bagi warga Thailand juga akan menambah.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.