`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 3, 2024

Polis masih siasat kes ‘Datuk Seri’ tipu pelaburan teknologi hijau

 

Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan dijalankan Bahagian Komersial IPD Petaling Jaya mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis masih menyiasat lanjut kes penipuan pelaburan projek teknologi hijau dianggarkan bernilai RM20 bilion yang didalangi lelaki bergelar “Datuk Seri” dan beberapa rakannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan dijalankan Bahagian Komersial IPD Petaling Jaya mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Kita juga akan memanggil individu terbabit untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau meminta individu yang menjadi mangsa penipuan itu membuat laporan polis.

Sebelum ini, akhbar itu melaporkan seorang lelaki mendakwa pernah tinggal di Denmark selama 20 tahun yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) dari sebuah universiti di negara itu dan mempunyai rakan kerjasama dengan sebuah syarikat peneraju teknologi hijau di Denmark.

Individu bergelar “Datuk Seri” itu turut mendakwa syarikatnya mempunyai kepakaran dalam pembangunan projek teknologi hijau dan nano, biodiesel serta sektor pembinaan untuk menarik pelabur dengan menjanjikan pulangan lumayan.

Bagi meyakinkan mangsa, dia bersama beberapa rakan menubuhkan beberapa syarikat berasingan dan melantik seorang pensyarah kanan wanita berusia 40-an dari universiti awam yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu sebagai penasihat syarikat, selain mencari pelabur dalam projek pembangunan bandar teknologi hijau di Raub, Pahang dan KXP Kulim di Kedah.

Bagi meyakinkan pelabur, individu itu bersama rakan kongsinya dan pensyarah terbabit membentangkan kertas kerja projek terbabit yang dianggarkan bernilai RM20 bilion. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.