`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 17, 2024

Polis tahan wanita hantar gambar mayat bayi berlumuran darah kepada suami

 

Polis menerima laporan kejadian bayi dikelar oleh ibunya kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

PETALING JAYA: Polis menahan seorang wanita yang disyaki mengelar leher bayi lelakinya berusia setahun enam bulan sebelum menghantar gambar mangsa yang berlumuran darah kepada suami melalui WhatsApp di Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata polis menerima laporan kira-kira jam 1.30 tengah hari yang memaklumkan kejadian di sebuah kawasan perumahan dekat Pasir Gudang.

“Siasatan awal mendapati suspek telah menghantar rakaman gambar anaknya yang berlumuran darah di bahagian leher melalui WhatsApp ke telefon bimbit milik suaminya,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, suspek warga tempatan berusia 32 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan permohonan reman akan dibuat hari ini.

“Kita turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa,” katanya sambil memaklumkan motif kejadian dan punca kematian masih dalam siasatan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.

Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menyalurkan maklumat melalui hotline Polis Johor 019 279 2095 atau Bilik Gerakan IPK Johor 07 2212 999. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.