`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 7, 2024

'Kalimah Allah atau lakaran kasut' - Akmal minta syarikat beri penjelasan

 


Isu kalimah Allah sekali lagi menjadi tumpuan di media sosial, kali ini selepas lakaran menyerupai kalimah itu didakwa berada di tapak kasut sebuah jenama tempatan.

Namun, ada yang menyatakan grafik tersebut bukan menunjukkan kalimah Allah, sebaliknya ilustrasi kasut tumit tinggi.

Dakwaan terhadap jenama tempatan iaitu Vern's mula timbul di TikTok pada 23 Mac.

Namun, ia mengundang perhatian ramai hari ini apabila hantaran berkenaannya dimuat naik satu pasangan di Facebook.

Ia kemudian menimbulkan kemarahan dan gesaan boikot terhadap jenama itu.

Ia turut menarik perhatian Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh, yang sebelum ini lantang menggesa boikot terhadap KK Mart berikutan penemuan stoking memaparkan kalimah Allah di kedainya bulan lalu.

Akmal berkata dia pada mulanya marah apabila mendengar tentang perkara itu namun dia membuat semakan terlebih dahulu untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan.

"Saya terbaca satu hantaran yang memaklumkan ia adalah logo seperti kasut tumit tinggi dengan talinya sekali. Begitu juga dari pandangan mata saya.

Muhamad Akmal Saleh

"Ada logiknya tetapi apa-apa pun kita mendesak penjelasan segera daripada Vern's berkenaan isu ini," katanya di Facebook.

Katanya lagi, umat Islam di Malaysia tidak bertindak secara semberono, sebaliknya bersangka baik terlebih dahulu.

"Jika tiada penjelasan daripada pihak anda (Vern's) dalam tempoh 24 jam, jangan salahkan kami jika boikot terhadap produk anda pula selepas ini.

"Kita kekal tenang, husnuzon (bersangka baik) dan tunggu apa penjelasan syarikat," katanya lagi.

Malaysiakini telah menghubungi Vern's untuk mendapatkan respons berkenaan perkara ini.

Isu ini dibangkitkan di saat kemarahan terhadap KK Mart berhubung penjualan stoking tersebut belum reda.

Setakat ini, tiga cawangan kedai serbaneka itu telah berdepan serangan bom, iaitu di Perak, Pahang dan Sarawak. - Mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.