`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 29, 2024

Tulis ancaman bom di KLIA; lelaki dipenjara 4 hari, denda RM3,000

 

Unit pemusnah bom polis membuat pemeriksaan pada satu bungkusan tertera ayat berunsur ancaman bom di Pusat Kargo KLIA pada Khamis lalu. (Gambar PDRM)

SEPANG: Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM3,000 ke atas seorang pekerja stor yang mengaku menulis ancaman bom di atas bungkusan untuk penghantaran di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), minggu lepas.

Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Dia didakwa sengaja menakutkan secara jenayah dengan menulis ayat ugutan ‘Awas Jangan Campak Nanti Meletup!! Ini Bom!!’ pada bungkusan kiriman seseorang di mesin pengimbas di Pusat Kargo KLIA pada 11.42 pagi 25 April lepas.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah memerintahkan Razali menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap dan tambahan dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Sabrina Zubairi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.