`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 29, 2024

Pembaikan cerun, laluan Batang Kali dijangka siap Jun

 

Pada Dis 2022, insiden tanah runtuh di Batang Kali telah menimbus kawasan perkhemahan Father’s Organic Farm hingga mengorbankan 18 orang dewasa dan 13 kanak-kanak.

BATANG KALI: Kerja pembaikan cerun dan jalan di laluan Batang Kali-Genting Highlands susulan insiden tanah runtuh pada Disember 2022 dijangka siap Jun depan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan.

Beliau berkata projek pembaikan yang melibatkan kos kira-kira RM19 juta itu telah mencapai 86% dengan kerja-kerja yang bakal disiapkan termasuk rel adang dan binaan dinding.

Ahmad berkata ketika ini, hanya satu laluan dibuka kepada pengguna yang mendapat kebenaran khas iaitu pekerja di Genting Highlands atau mereka yang memiliki rumah di Batang Kali dan Hulu Selangor.

Beliau berkata laluan itu dijangka dibuka sepenuhnya pada 1 Julai ini.

Insiden tanah runtuh pada 16 Dis 2022 telah menimbus kawasan perkhemahan Father’s Organic Farm yang mengakibatkan 18 orang dewasa dan 13 kanak-kanak terkorban. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.