`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 12, 2024

Lelaki maut, wanita parah BMW terbakar di Lebuhraya Duke

 

Keadaan BMW 17 yang 100% terbakar selepas terbabas di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang dekat Taman Setiawangsa semalam. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut, manakala rakannya cedera selepas kereta mereka dipercayai terbabas sebelum terbakar di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) dekat Taman Setiawangsa semalam.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak digerakkan selepas menerima panggilan pada 2.13 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah BMW 17 dan didapati 100% terbakar,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian, manakala seorang wanita yang parah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan punca kebakaran belum dikenal pasti. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.