`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 24, 2024

No money no religion. Duit Zakat Pun Dia Orang Curi

 


Tuan-tuan ingat baik-baik kata-kata hikmat ini - "No money no religion". 

Bacalah di sini  mengenai kes terbaru orang guna agama untuk sapu duit.

Saya mula diberi faham akan FAKTA ini oleh sahabat saya, arwah Pak Man Harun, kurang lebih 30 tahun dahulu. Sejak itu saya telah sendiri melihat dan menjadi saksi akan kebenaran ayat ini  "No money no religion".

Juga selepas itu kenalan saya Prof James Chin di Monash University di Petaling Jaya pernah menjemput saya memberi sedikit ucapan  berkenaan sebuah buku saya kepada student dan pensyarah di Monash University. Sewaktu perbincangan kami Prof James Chin telah ulangi  apa yang saya sebut 'No money no religion'  sebagai satu 'trademark' dalam penulisan dan pemikiran saya.

Di mana saja mereka menjaja agama (tak kira agama apa pun) maka di situlah juga ada duit atau wang atau fulus.  

Semua orang perlu cari duit. 
Semua orang perlu cari hidup. 
Semua orang perlu mencari pendapatan. 
Semua orang mahu membeli rumah yang cantik. 
Semua orang mahu punyai kereta yang cantik. 
Semua orang mahu kemewahan dalam hidup.

Siapa pandai besi, dia jual besi. Untuk cari duit.
Siapa pandai kayu, dia jual kayu. Untuk cari duit,
Siapa pandai emas, dia jual emas. Untuk cari duit.
Siapa pandai menipu dia jual politik. Untuk cari duit.
Siapa pandai agama dia jual agama. Untuk cari duit.

'No money no religion'.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.