`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 21, 2024

Perak tuan rumah Hari Anggota Bomba Sedunia 2024

 

Free Malaysia Today
Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 akan diadakan di Lost World of Tambun pada 4 Mei.

IPOH: Perak dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 peringkat kebangsaan berlangsung pada 4 Mei ini.

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata sambutan itu yang diadakan di taman tema terkemuka Lost World of Tambun dijangka dirasmikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pelbagai program dan aktiviti dianjurkan sepanjang sambutan itu antaranya pertunjukan bom air dan helikopter serta kemunculan “abang bomba” bertubuh “sado” yang bakal mencuri tumpuan pengunjung.

“KPKT juga berjaya mendapat dana daripada kerajaan berjumlah RM267 juta bagi perolehan aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan peruntukan itu termasuk pembelian 150 unit Compact Fire Rescue Tender (CFRT) yang canggih bernilai RM147 juta.

“Peruntukan ini adalah tertinggi dalam sejarah untuk perolehan pasukan JBPM sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada ‘Wira Merah’ negara,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pengamal media anjuran ibu pejabat DAP Perak di sebuah restoran malam tadi.

Nga berkata, perdana menteri juga dijangka merasmikan Taman Rekreasi Madani pertama, yang siap sepenuhnya di Taman Woodlands, Bandar Baru Tambun pada hari sama.

“KPKT akan memperuntukkan RM50 juta untuk membina taman rekreasi awam di seluruh negara dan sejumlah 22 taman rekreasi awam dibina di Perak membabitkan peruntukan sebanyak RM11 juta,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.