`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, May 24, 2024

Jenazah Adun Sg Bakap selamat dikebumi

 

Jenazah ZAMRI LATIFF
Nor Zamri Latiff dikatakan seorang yang disenangi kerana keperibadian yang lemah lembut dan senang bekerjasama.(Gambar Bernama)

NIBONG TEBAL: Jenazah Adun Sungai Bakap Nor Zamri Latiff selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh pada kira-kira 6.30 petang tadi.

Terdahulu, jenazah Zamri, 56, dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang terletak bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.

Solat jenazah diimamkan Naib Presiden PAS Idris Ahmad dengan disertai kira-kira 1,000 jemaah yang hadir.

Turut hadir memberikan memberi penghormatan terakhir ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Ahmad Fuzi Abdul Razak; Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek; Ketua Menteri Chow Kon Yeow; Timbalan Ketua Menteri I Mohamad Abdul Hamid; dan beberapa exco kerajaan Pulau Pinang.

Zamri meninggal dunia pada 1.38 tengah hari tadi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSJ kerana mengalami keradangan dalam perut dan menerima rawatan di situ sejak awal bulan ini.

Zamri meninggalkan isteri, Musalmah Yusop, dan enam anak.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff berkata, Zamri disenangi dalam kalangan ahli parti kerana keperibadiannya yang lemah lembut dan senang bekerjasama malah menyifatkan pemergiannya kehilangan besar bagi PAS.

“Arwah seorang yang suka menolong orang, ringan tulang, dan seorang yang suka membuat kebajikan dan menyertai misi menyelamat mangsa banjir kerana dia memang suka tolong orang,” katanya.

Zamri bertanding pada PRN Ogos tahun lepas dan menewaskan calon Pakatan Harapan Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.