`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 24, 2024

Keputusan SPM 2023 boleh disemak melalui SMS, laman KPM

 

Seramai 395,870 calon menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 buah pusat di seluruh negara. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 boleh menyemak keputusan masing-masing bermula 10 pagi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan secara dalam talian pada Isnin ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan semakan melalui SMS boleh dibuat dengan menaip SPM diikuti nombor kad pengenalan dan angka giliran dan hantar ke 15888.

“Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2023. Semakan dalam talian boleh dibuat menerusi laman sesawang myresultspm.moe.gov.my,” menurut KPM di X.

Sementara itu, mereka yang tiada akses capaian boleh hadir sendiri ke sekolah bagi mendapatkan keputusan.

KPM sebelum ini memaklumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini dan calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing bermula 10 pagi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.