`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 13, 2024

Lelaki dikhuatiri dibaham buaya di Sarawak

 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa dikhuatiri dibaham buaya ketika menangkap ikan bersama tiga rakan di tebing Sungai Semeruang semalam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika menangkap ikan di tebing Sungai Semeruang, Bangkong di Pantu, dekat Sri Aman.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian 5 petang Ahad itu, Lawrence Adi Raynold, 32, bersama tiga rakannya menangkap ikan di tebing sungai.

“Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman menerima panggilan daripada IPD Sri Aman berhubung insiden itu pada 7.30 malam,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, pencarian mangsa dimulakan 8 pagi ini kerana tidak selamat melakukan usaha mencari dan menyelamat mangsa disebabkan hari sudah gelap semalam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.