`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 10, 2024

‘Luahan kita sekarang sebab dah kenal DAP’, kata Amar

 

Mohd Amar Abdullah berkata mereka tidak akan mengetahui pendekatan sebenar DAP jika tidak berkawan dan hanya mendengar dari luar. (Gambar Bernama)

HULU SELANGOR: Seorang pemimpin PAS berkata pandangan mereka terhadap DAP ketika ini termasuk mendakwanya sebagai parti ekstrem selepas berpengalaman bekerjasama bawah Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR).

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah, mendakwa mereka tidak akan mengetahui pendekatan sebenar DAP jika tidak berkawan dan hanya mendengar dari luar.

“Bila kita berkawan dalam beberapa PRU dalam PR dan BA…dari situ kita kenal DAP ini dengan jelas, jadi luahan hari ini berdasarkan pengalaman itu.

“Dia (Azalina) tidak ada pengalaman sebab Umno baru sahaja berkawan dengan DAP jadi dia tidak ada pengalaman,” katanya ketika ditemui media dalam kempen PRK Kuala Kubu Baharu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Azalina Othman Said yang mengingatkan Presiden PAS Hadi Awang supaya tidak menjadi ahli politik munafik dengan memburukkan DAP di sebalik sejarah persahabatan mereka sebelum ini.

Azalina mempersoalkan mengapa pendirian Ahli Parlimen Marang itu berbeza apabila mendakwa bekas rakannya dalam BA dan PR sebagai ekstrem kini sedangkan sebelum ini mempunyai hubungan baik.

Beliau turut menggesa Hadi tidak menggunakan isu bangsa, agama dan institusi diraja (3R) atau menakut-nakutkan orang ramai dalam berpolitik.

Semalam, Hadi mendakwa DAP yang lahir daripada PAP di Singapura adalah parti ekstrem dan melampau serta mahu merampas kuasa politik secara halus dan licik sehingga boleh menyebabkan kekacauan dalam negara.

Hadi turut meminta pengundi supaya tidak berasa mudah tidak keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kerana dibimbangi ia dimenangi parti salah.

Sebagai rekod, DAP dan PAS pernah bekerjasama bawah Barisan Alternatif dan PR, namun kedua-duanya memutuskan hubungan pada 2015. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.