`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, May 14, 2024

Malaysia tak perlu kasino, kata Anwar

 

casino
Anwar Ibrahim bertegas Malaysia tidak perlu terlibat dalam perniagaan kasino. (Gambar Envato Elements)

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim berkata negara kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga dan kecerdasan buatan (AI) yang memadai untuk mendorong pertumbuhan masa depan.

Justeru, perdana menteri dengan tegas berkata tiada keperluan untuk kasino kedua di Malaysia.

“Sama sekali tidak! Malaysia tidak perlu terlibat dalam perniagaan kasino (kedua).

“Kami menumpukan transformasi digital, peralihan tenaga (dan) AI, dan kami percaya ini (antara industri yang) mencukupi untuk memacu negara ke hadapan,” katanya menurut Bernama dalam sesi pleno sempena Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 di Doha.

Beliau ditanya sama ada Malaysia mempertimbangkan untuk membenarkan pembukaan kasino kedua bawah kerajaan Madani. -  FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.