`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, May 11, 2024

PRK KKB: 9.72% keluar mengundi setakat 9 pagi

 

PRN KKB UNDI
Pengundi layak hadir ke pusat pengundian PRK Kuala Kubu Baharu yang dibuka mula 8 pagi.

PETALING JAYA: Peratusan keluar mengundi bagi PRK Kuala Kubu Baharu mencecah 9.72% setakat 9 pagi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian hari ini melibatkan 39,269 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Sebanyak 18 pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, akan ditutup pada 2 petang.

Penjumlahan undi pula akan berlangsung di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada 10 malam.

PRK itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Pang Sock Tao Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.