`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, May 21, 2024

Semak penyata, jangan hanya ‘serah’ potong gaji, Angkasa beritahu peminjam

 

Kowamas dalam proses berbincang dengan bank untuk menangani isu peminjam menerusi skimnya disenarai hitam walaupun telah melangsaikan hutang. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Sikap acuh tak acuh peminjam menyemak rekod pembayaran pembiayaan peribadi mungkin menjadi antara punca segelintirnya tidak menyedari mempunyai tunggakan dan disenarai hitam.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Abdul Fattah Abdullah, berkata sikap ‘ambil kisah’ perlu ada pada bagi mengelakkan masalah itu seperti dihadapi sebilangan peminjam Koperasi Wawasan Malaysia (Kowamas) walaupun telah melangsaikan pembiayaan.

“Selain pastikan proses itu mengikut SOP, peminjam juga kena bersikap ambil tahu dan sentiasa periksa…bayangkan pembiayaan selama 10 tahun atau 120 bulan itu kadang-kala mereka tak kisah (untuk periksa).

“Sepatutnya mereka kena semak dan minta penyata kewangan, jangan hanya serah sahaja kerana ada kalanya sangkut disebabkan perubahan pada sistem bank termasuk dari segi pembayaran,” katanya kepada FMT.

“Bila lambat kesan baru sedar mereka telah disenarai hitam dan susah nak buat apa-apa permohonan.”

Minggu lalu, FMT melaporkan tiga peminjam Kowamas mendakwa disenarai hitam bawah sistem maklumat rujukan kredit pusat, walaupun sudah melangsaikan pinjaman.

Keadaan itu menyebabkan ada antara peminjam terbabit, terdiri daripada penjawat awam, tidak boleh mendapatkan pinjaman lain untuk tujuan perubatan atau pembelian rumah.

Mereka juga mendakwa sukar mendapatkan kerjasama pengurusan Kowamas menyebabkan nekad mendedahkan isu itu kepada media.

Kowamas dalam penjelasannya mendakwa keadaan itu berlaku kerana bank mengenakan kos tambahan tanpa pengetahuan peminjam mahupun koperasi.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ewon Benedick, memaklumkan kementeriannya sedang menyiasat kes itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.