Saya melihat style pakaian mereka pak arab dalam video ini adalah Arab Saudi. Kita dengar dulu persembahan lagu Bob Marley oleh pak arab ini.
Semua orang Arab, terutama sekali Arab Saudi memang manusia yang terkonpius dalam dunia.
Dulu merekalah yang semai kebencian yang ekstrim terhadap budaya Barat, terhadap segala jenis muzik, mereka melarang wanita daripada berdepan dengan lelaki atau berdepan dengan sesiapa pun di tempat umum. Merekalah yang mengajar orang benci kepada wanita yang tidak tutup kepala.
Begitu banyak kebencian, tension dan kekeliruan telah ditimbulkan oleh pak arab ganas dan bengis itu.
Semuanya untuk survival politik mereka dan untuk menjaga harta dan duit mereka. Contohnya kurang lebih 270 tahun dahulu seorang pak arab psycho bernama Abdul Wahab telah menjalin kerjasama dengan seorang pak arab penyamun, perompak dan pembunuh bernama al Saud. Mereka menyamun, merompak, membunuh kabilah arab (caravan) dan menjadikan hamba tawanan anak-anak dara dan lelaki yang masih hidup.
Penulis-penulis upahan yang datang kemudian cuba menghalalkan perompakan dan pembunuhan puak Saudi-Wahabi atas alasan Abdul Wahab itu adalah reformis agama konon. Nauzubillah. Maka its oklah mereka merompak, menyamun dan membunuh sesiapa yang mereka suka sebab itu adalah jihad mereka.
There was no such thing. Sebelum berjumpa Abdul Wahab, puak al Saud cuba mencari kredibiliti atau legitimacy untuk membunuh, merompak dan menyamun harta orang lain. Dulu mereka terus merompak dan membunuh. Selepas kerjasama dengan puak Wahabi, mereka jual jenama agama yang dihalalkan oleh Abdul Wahab untuk menyamun dan membunuh orang. Dulu dan kemudian serupa saja - mereka merompak dan membunuh. Tetapi dulu mereka tidak ada sijil halal Wahabi. Wahabi itu hanya gimik. Itu saja bezanya.
Dan of course puak al Saud terpaksa 'bayar yuran' untuk menggunakan Sijil Halal Abdul Wahab. Maka mereka pun kongsilah harta rompakan mereka dengan Abdul Wahab. Sampai ke hari ini, keturunan Abdul Wahab juga adalah famili kaya raya di Arab Saudi.
Serupa hari ini apabila orang tertentu cuba jual produk mereka, mereka letak gambar tok guru pada botol produk, atau letak gambar lebai pada bungkusan plastik. Dan sekarang ada juga produk yang tunjuk muka ostard muallaf yang didakwa sex maniac itu. Semuanya bertujuan untuk menipu orang yang lembap akal beli produk itu. Dan of course si ostard itu mesti dibayar "yuran". Semuanya pasal duit.
Tetapi pada abad ke-21 jenama agama Wahabi sudah tidak laku lagi di Arab Saudi. Daripada hampir 37 juta penduduk Arab Saudi,
66% below 29 years
51% below 25 years
37% below 14 years
Kadar pengangguran mereka pula tinggi gila. Pada 2019 hampir 30% daripada penduduk mereka berusia 15 - 24 tahun adalah penganggur. Dan jumlah ini makin rumit pada setiap tahun. Pada tahun 2000 kadar pengangguran ini kurang 25%. Maksudnya Arab Saudi tidak mampu menyediakan peluang hidup yang cukup bagi 66% (24 juta) penduduk mereka yang berusia ke bawah 29 tahun.
Ini adalah satu risiko dan bahaya yang sangat besar. Tidak mustahil jika berlaku revolusi atau gulingan kerajaan sepertimana telah berlaku sewaktu Arab Spring pada tahun 2011.
Generasi muda Arab Saudi pula lebih suka muzik, konsert muzik, hidup cara Barat, hidup bebas. Wanita mereka mahu kebebasan untuk keluar rumah dengan sendiri ke kedai 7-11, untuk bekerja di tempat kerja, untuk travel ke luar negara tanpa diiringi lelaki muhrim dsbnya.
Juga Arab Saudi menghadapi krisis kewangan di mana kerajaan Arab Saudi sangat kekurangan dana untuk membiayai sabsidi, rumah percuma, masuk universiti percuma, projek gergasi untuk ahli keluarga al Saud serta kroni mereka dan banyak lagi perbelanjaan yang gila dan tidak masuk akal (seperti projek NEOM beratus billion dollar itu yang gagal dan terbengkalai).
Jadi keluarga al Saud dalam keadaan panik juga memikirkan cara untuk mengekalkan kedudukan dan harta kaya raya mereka di Arab Saudi.
- Jenama agama Wahabi itu sudah tidak laku lagi.
- Jenama agama Wahabi sudah melepasi tarikh luputnya.
- Wahabi itu hanya gimik.
Oleh itu kita lihatlah dalam video di atas di mana wanita arab berjubah tetapi tidak tutup kepala pulak? Style apa pula? Wanita arab itu boleh menyanyi dan menari depan lelaki pula. Apa sudah jadi dengan agama Wahabi? Wahabi itu hanya gimik.
Lelaki pak arab juga turut seronok menari dan menyanyi lagu Bob Marley pula. Hebatnya.
- Pegangan, pedoman mereka semua sudah tonggang terbalik.
- Memang pun pegangan dan pedoman mereka tidak lain tidak bukan hanya angin kosong. Gimik.
- Cerita dongeng dan cerita karut yang tidak membawa bangsa arab ke mana pun.
- Akhir sekali mereka jumpa gimik baru - Bob Marley juga.
- Mereka tengah susun semula kedudukan dan harta kekayaan mereka.
- Siapa yang bodoh boleh lah ikuti mereka - untuk pusingan kedua.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.