KOTA BHARU: Harga minyak masak di Thailand mahal sehingga mencecah RM8 sekilogram berbanding minyak masak bersubsidi di Malaysia yang berharga RM2.50 sekilogram dipercayai punca kegiatan penyeludupan barang kawalan itu masih berlarutan.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail, berkata selain faktor harga, majoriti penduduk di selatan Thailand, khususnya Narathiwat yang beragama Islam lebih meyakini status halal minyak masak keluaran Malaysia.
“Minyak masak keluaran Thailand diperbuat daripada jagung dan harga lebih mahal berbanding minyak masak Malaysia yang diperbuat daripada kelapa sawit.
katanya selepas merasmikan Jualan Ihsan Rahmah Madani dengan kerjasama ATH Group di sini.Minyak masak keluaran Malaysia yang diseludup ke sana akan dijual pada harga RM4.50 hingga RM5,
“Kini kita dapati penyeludupan minyak masak hanyalah dalam skala kecil iaitu antara 10 hingga 15 kotak berbanding rampasan di dalam sebuah treler yang pernah direkodkan sebelum ini.
KPDN bersama agensi lain akan terus melakukan operasi bersepadu dengan lebih hebat dalam mengekang ketirisan barangan kawalan bersubsidi ke negara jiran, sekali gus merugikan negara.
Sementara itu, Azman berkata, sejak Januari hingga bulan lalu, pihaknya menyita barang kawalan bernilai RM451,378 meliputi petrol, diesel, gula dan minyak masak dengan 180 individu ditahan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.