`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Friday, August 14, 2026

YTAR perkukuh sokongan pelajar berpendapatan rendah, komuniti kurang peluang

 Menteri Aaron Ago Dagang berkata, YTAR akan terus perluas akses pendidikan, kenal pasti bakat dan perkukuh pembangunan kepimpinan anak muda.

Pengerusi YTAR Sharifah Menyalara Syed Hussein (tengah) dan Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang sampai penghargaan khas kepada Ch’ng Kim See (kiri), antara dua penerima terawal biasiswa YTAR.
KUALA LUMPUR:
Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) akan memperkukuh sokongan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan komuniti kurang berpeluang, kata Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang.

Aaron berkata, usaha itu termasuk memperluas usaha mengenal pasti bakat di seluruh negara serta memperkukuh pembangunan kepimpinan, bimbingan dan jaringan alumni.

“Cabaran kita hari ini bukan sekadar membawa lebih ramai anak muda ke universiti, tetapi memastikan siapa mereka, dari mana mereka datang dan kedudukan ekonomi keluarga tidak menentukan sejauh mana mereka boleh pergi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 YTAR di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, malam ini, yang turut dihadiri Pengerusi YTAR Sharifah Menyalara Syed Hussein serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh.

Mengulas lanjut, Aaron berkata, masih ada anak muda daripada keluarga berpendapatan rendah, komuniti luar bandar dan kelompok etnik tertentu yang berdepan kekangan kewangan serta akses kepada maklumat, jaringan sokongan dan peluang pembangunan diri.

Justeru, tambahnya, peranan YTAR kini bukan sekadar menyediakan biasiswa, tetapi mengenal pasti bakat, membuka akses dan membangunkan potensi anak muda yang tercicir daripada peluang.

Beliau turut menyeru sektor korporat meningkatkan sokongan terhadap pendidikan dan pembangunan bakat melalui kerjasama strategik dengan YTAR.

Sepanjang enam dekad penubuhannya, YTAR telah menyokong lebih 12,000 anak muda dengan pelaburan RM96.6 juta menerusi biasiswa, bantuan kewangan dan program pembangunan kepimpinan merentasi kaum dan agama dengan sokongan lebih 300 rakan strategik dan penderma.

Dalam majlis sama, YTAR turut memberikan penghargaan kepada dua penerima terawal biasiswa, Zakaria Ali dan Ch’ng Kim See atas sumbangan mereka dalam bidang seni dan budaya serta sains perpustakaan.

Sambutan itu turut menampilkan sesi perkongsian bersama penerima Tunku Scholars mengenai usaha mereka membangunkan Malaysia.

Aaron turut mengumumkan pencalonan Anugerah Pingat Tunku 2026 akan dibuka pada 31 Ogos hingga 30 Sept 2026 dengan pencalonan sendiri (self-nomination) diperkenalkan buat julung kalinya kepada graduan institut pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.