Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Mustapha Sakmud berkata kerajaan beri keutamaan anak Sabah, Sarawak berkhidmat di negeri kelahiran.

Beliau berkata angka itu berdasarkan data Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sehingga 12 Okt.
“Kerajaan persekutuan terus menyokong dasar Borneonisasi dengan memberi keutamaan kepada anak negeri Sabah dan Sarawak untuk berkhidmat di negeri kelahiran masing-masing,” katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementerian itu di Dewan Rakyat.
Mustapha berkata JPA turut mengadakan sesi libat urus bersama pengurus sumber manusia kementerian dan jabatan berkaitan bagi menerangkan prosedur penempatan pegawai perkhidmatan bukan gunasama yang perlu mengutamakan pegawai kelahiran Sabah dan Sarawak.
“Sesi libat urus ini adalah bagi memastikan dasar Borneonisasi dilaksanakan lebih menyeluruh,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kerajaan persekutuan turut memperkukuh pemantauan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menerusi papan pemuka status pelaksanaan perjanjian itu.
“Papan pemuka status pelaksanaan perkara di bawah MA63 telah diluncurkan pada 28 Jan dan diintegrasikan melalui portal rasmi Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri,” katanya.
Menurutnya, platform itu berfungsi sebagai sistem pemantauan bersepadu yang membolehkan penyelarasan pelaksanaan dibuat secara sistematik serta menyediakan maklumat terkini secara masa nyata kepada pihak berkepentingan.
“Kerajaan akan terus mengoptimumkan peruntukan BHESS tahun 2027 bagi memperkukuh penyelarasan, pemantauan dan tindakan susulan antara semua pihak berkaitan demi memastikan pelaksanaan keputusan MA63 dapat disegerakan mengikut bidang kuasa dan proses yang ditetapkan,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.