`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Tuesday, October 30, 2012

'DATUK S' BORN AT CAGAYAN, PHILIPPINES (in Malay)



Saudara Pengarang,

SEBAGAI penduduk asli Kampung Semuning, Tambisan, saya telah mengikuti pendedahan demi pendedahan Sabahkini.net termasuk kes Samsuddin Yahya dan Surau Kampung Semuning; memuji keberanian dan keprihatinan Sabahkini.net membela nasib rakyat yang tertindas seperti kami.

Walaupun saya kini terpaksa merantau jauh dari kampung halaman untuk bekerja dengan syarikat asing di luar negara, tetapi hubungan dengan keluarga saya di Kampung Semuning tidak pernah terputus, apatah lagi dengan adanya Sabahkini.net.

Kepada siapa yang tidak kenal Samsudin mungkin terpedaya dengan helah dan kepalsuannya, tetapi bagi kami penduduk Kampung Semuning, telah masak dan mengetahui siapa sebenarnya Samsudin yang layak digelar 'Umang-Umang' atau 'Hermit Crab'.

Untuk makluman Pembaca Sabahkini.net dan Ketua Menteri Sabah, Samsudin Yahya bukanlah anak jati Tambisan atau Kampung Lupak Meluas, Sandakan (seperti dalam rekod JPN) sebaliknya Pendatang Asing Filipina yang datang ke Sabah sekitar usia 10 tahun.

Samsudin dilahirkan di Pulau Cagayan, Filipina tetapi telah dibawa oleh keluarganya ke Tambisan (masuk secara haram). Setelah bapanya bercerai dengan ibunya (keturunan Brunei) dan kembali ke Filipina, Samsudin dipelihara bapa tirinya, Yahya, iaitu sepupu Tun Juhar Mahiruddin.

Kini ibu Samsudin menetap di Brunei, manakala bapa tirinya, Yahya kini sudah meninggal dunia ketika menetap di Brunei. Sepanjang pengetahuan saya, Samsudin mempunyai empat adik beradik 'Saudara Anjing' iaitu satu ibu berlainan bapa kerana ibu Samsudin (namanya sudah lupa) telah bernikah tiga kali.

Hal-hal lain saya rasa tidak perlu sentuh kerana saya hanya ingin memaklumkan bahawa Samsudin adalah PATI dan memalsukan keterangan diri untuk mendapat MyKad Malaysia sebagaimana gundiknya, Pia Binti Dahlan.

Salam Hormat,

ANAK JATI TAMBISAN

- Sabahkini

9 comments:

  1. Sekarang ini kita tunggu akan siasatan RCI akan projek IC ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga siasatan ini berjalan lancar dan mencapai hasil yang positif.

      Delete
  2. Barisan Nasional government have always believed that more should be done to resolve the illegal immigrant problem

    ReplyDelete
  3. Better for holders illegal documents/mykad to surrender

    ReplyDelete
  4. Kenakan hukuman ketat kepada golongan menyalahgunakan kuasa demi kepentingan diri.

    ReplyDelete
  5. RCI seharus memulakan siasatan sebelu PRu dilancarkan.

    ReplyDelete
  6. Isu PATI sudah berada dalam politik Malaysia sudah berpuluh tahun, bukan mudah ditanggani.

    ReplyDelete
  7. RCI harus badan yang tegas dan diluar kawalan mana-mana jabatan kerajaan atau parti.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.