`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Wednesday, October 31, 2012

NAJIB & ANWAR - the real WHO? (in Malay)


 klik

Anwar Dengan Najib
Antara Karektor Dengan Reputasi?

Seronok tengok telatah dua orang pemimpin ini. Sorang Perdana Menteri dan sorangl agi Ketua Pembangkang. Pertembungan yang menarik antara dua personaliti. Sorang ada karektor dan sorang lagi ada reputasi. 

Anwar Ibrahim sebagaimana yang satu dunia sudah tahu adalah merupakan seorang tokoh politik yang hebat. Kelicikkannya berpolitik dan kepetahannya berpidato memang tidak boleh di sangkal lagi. Sudah terkenal di seantero dunia.
  

Anwar ni… Kalau nak cerita pasal reputasi… Reputasi apa yang dia ada.  Berbelas tahun media arus perdana hentam dia. Main bontotlah, main bini oranglah, main pelacurlah, agenYahudilah dan bermacam-macam lagi tuduhan yang di buat keatas beliau. Hampir setiap hari. Untuk membina persepsi yang beliau ini sangat tidak bermoral. Macamlah yang lain-lain tu bermoral sangat.

Lagi pun, dalam persekitaran sekular, yakni sebuah gagasan kehidupan yang meminggirkan agama dari sistem kehidupan, moral apalagi yang kita nak cerita ni!
Menganut fahaman sekular dan menyerah kepada sistem sekular tanpa sebarang penentangan ni bukan sahaja tidak ada moral bahkan tidak ada Aqidah dah. 

Hancur lebur aqidah. Yang tinggal cuma rasa perasan dan syok sendiri aje yang kita ni ada moral dan ada aqidah. 

Balik pada bab Anwar tadi, yang pelik nya si Anwar ni, makin hari makin ramai  orang yang sokong dia. Semakin hari semakin ramai pulak yang percaya yang hanya Anwar sahaja yang mampu membuat perubahan di Negara ini. 

Sampai naik mengelabah kerajaan BN di buatnya.Macam mana boleh jadi sampai macamtu? Ini yang menarik untuk di analisa!
Bagi teman le… Anwar ni adalah seorang tokoh yang mempunyai karektor yang kuat. Karektor sebagai seorang street fighter dalam politik. Karektor yang telah terbina sejak dia di universiti lagi. Karektornya terus berkembang dalam ABIM dan semakin menyerlah bila dia menyertai UMNO.


Dia berjaya mengharungi sepak terajang dalam UMNO hingga mampu menjadi Timbalan Presiden UMNO. Satu pencapaian yang luar biasa dan cukup mengkagumkan.
Kemudian di pecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO. Di penjarakan atas tuduhan kesalahan liwat. Keluar dari penjara terus aktif semula dalam politik sehingga di lantik menjadi ketua pembangkang. Berjaya menyatukan PAS dan DAP yang selama ini tidak boleh duduk semeja. 

Satu pencapaian luar biasa yang cukup mengkagumkan sebagai seorang tokoh politik.
Walau apa pun kesudahan Anwar nanti dalam gelanggang politik Malaysia, bagi teman, dia wajar di kenang sebagai seorang tokoh politik yang hebat dan luar biasa. 

Dengan cabaran yang begitu hebat yang di laluinya, dia masih mampu mendapat sokongan yang padu dari keluarganya dan masih mampu meyakinkan masyarakat mengenai kemampuannya untuk memimpin Negara ini. Satu pencapaian yang luar biasabagi seorang tokoh politik.


Sementara Najib pula di satu sisi yang lain, adalah merupakan seorang tokoh yang mempunyai reputasi yang kuat. Reputasi sebagai anak golongan aristokrat atau pun bangsawan. Keluarga di sebelah ibu dan bapanya mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik Malaysia.


Dia menjadi ahli Parlimen sewaktu baru berusia 23 tahun mengantikan al-marhum ayahandanya Tun Abdul Razak, PerdanaMenteri Malaysia yang kedua.Selepas dari itu, beliau terus melangkah dalam hiraki parti dan kerajaan tanpa menoleh kebelakang lagi dengan bersandarkan kepada reputasi keluarga yang kuat. Dari menjadi Timbalan Menteri hinggalah kini sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.


Namun demikian ketokohan beliau sebagai seorang ahli politik belumlah benar-benar teruji lagi. Perjalanan politiknya selama ini agak lancar dan cukup sempurna.Ketokohan dan kewibawaannya belum pernah di uji. 

Mewarisi sebuah kerajaan yang di anggap lemah merupakan ujiannya yang pertama dalam perjalanannya untuk di tabalkan sebagai seorang tokoh politik yang terbilang. Ini untuk membolehkan beliau duduk sebaris bersama tokoh-tokoh besar politik tanah air yang lain.

  
PRU ke 13 adalah merupakan medan yang sebenar pertembungan antara antara kedua-dua tokoh ini. Pertembungan antara tokoh yang mempunyai karektor dan tokoh yang mempunyai reputasi. Mana satu yang akan menjadi pilihan rakyat. 

Karektor atau reputasi ?
Bagi teman, karektor adalah merupakan diri sebenar seseorang. Yang terbina melalui pengamatan, pengalaman dan pendedahan yang di timba di sepanjang perjalanan hidupnya.



Sementara reputasi pulak adalah merupakan satu persepsi sahaja.Tidak  mencerminkan diri sebenar seeorang itu. Ianya terbina hasil dari pandangan umum masyarakat terhadap dirinya. Hanya sekadar satu ilusi sahaja bukan realiti.
Dalam kehidupan, untuk mengharungi cabaran dan mencapai kejayaan kita perlukan karektor yang kuat bukan reputasi yang kuat. Hanya yang menjadi persoalannya hanyalah, sama ada karektor yang kuat ini mampu menjadi rahmat atau ancaman kepada umat sangatlah bergantung kepada niat dan matlamat yang ingin di capai. 

Kalau baik niat dan matlamatnya maka baiklah jadinya umat tapi kalau jahat niat dan matlamatnya maka hancur binasalah umat.
Teman pilih sistem bukan pemimpin….

Pak Lan 
Mohd Ramalan Yunus 
Founder 
World islamic Chamber Of Commerce 

copied from Uncleseekersv2 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.