Selepas Bendahara Tun Abdul Jalil Bin Tun Habib Abdul Majid menabalkan dirinya sebagai Sultan Johor ke-11 (kemudiannya dikenali sebagai Sultan Abdul Jalil IV) mengantikan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (Sultan Johor terakhir dari keturunan Kesultanan Melayu Melaka), baginda menyusun semula Majlis Orang Kaya yang berperanan sebagai penasihat Sultan. Majlis Orang Kaya ini terdiri daripada Bendahara, Temenggong, Laksamana, Shahbandar dan Seri Bija Diraja.
Anak-anaknya, Tun Sulaiman Bin Sultan Abdul Jalil IV dilantik menjadi Yang di-Pertuan Raja Muda yang kemudiannya menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Tun Hussein Bin Sultan Abdul Jalil IV pula dilantik menjadi Bendahara Terengganu dan dikenali sebagai Bendahara Pekok.
Temenggong Johor
Seorang lagi anaknya yang sebelum itu merupakan Temenggong Johor, Tun Abbas Bin Sultan Abdul Jalil IV dilantik menjadi Bendahara dan tinggal di Pahang yang merupakan negeri dibawah Empayar Johor-Riau dan dikenali sebagai Bendahara di Pahang. Adiknya, Tun Muhammad Tahir Bin Sultan Abdul Jalil IV dilantik menjadi Temenggong Johor apabila Tun Abbas menjadi Bendahara di Pahang.
Anak Tun Abbas iaitu Tun Abdul Jamal menggantikan bapa saudaranya menjadi Temenggong Johor yang menguasai Tanah Besar Johor dan Singapura, dan tinggal di Bulang, Kepulauan Riau.
Jawatan Temenggong Johor kemudiannya diwarisi dari generasi ke generasi oleh keturunan Temenggong Tun Abdul Jamal yang berkahwin dengan Daeng Maimuna Binti Daeng Perani, iaitu Temenggong Daeng Kechil, Temenggong Daeng Abdul Rahman, Temenggong Daeng Ronggek (atau dikenali sebagai Daeng Ibrahim) dan Temenggong Abu Bakar yang kemudiannya menjadi Maharaja Johor dan seterusnya Sultan Johor.
Sekitar tahun 1811, Temenggong Abdul Rahman dan pengikut-pengikutnya meninggalkan Bulang, Kepulauan Riau dan membuka kawasan pemerintahan Temenggong Johor di kuala Sungai Singapura. Kemudiannya pada tahun 1823, Sir Stamford Rafles memerintahkan perkampungan Temenggong dipindahkan ke Telok Belangah. Sekali lagi pada tahun 1866, pusat pemerintahan Temenggong berpindah ke Tanjung Puteri (Johor Baharu) oleh Temenggong Abu Bakar. Walau bagaimanapun kesan peninggalan Temenggong Johor di Telok Blangah dapat dilihat dengan adanya Masjid Temenggong Daeng Ibrahim yang kekal hingga ke hari ini di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Johor.
Raja Temenggong Muar
Seperti yang dinyatakan di atas, Empayar Johor telah dibahagi-bahagikan kawasan pemerintahannya kepada pembesar-pembesar seperti Bendahara di Pahang dan Temenggong memerintah tanah besar Johor dan Singapura. Semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Ibni Sultan Abdul Jalil IV, baginda mengurniakan jawatan Yang Di-Pertuan Muda Riau kepada Daeng Meerewah kerana membantu dalam merampas kembali takhta Kesultanan Johor daripada Raja Kechil Siak. Satu lagi wilayah dalam empayar Johor ialah Muar yang diletakkan di bawah Raja Temenggong Muar sejak tahun 1674 semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah (ayahanda kepada Sultan Mahmud Mangkat Dijulang).
Anak-anaknya, Tun Sulaiman Bin Sultan Abdul Jalil IV dilantik menjadi Yang di-Pertuan Raja Muda yang kemudiannya menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Tun Hussein Bin Sultan Abdul Jalil IV pula dilantik menjadi Bendahara Terengganu dan dikenali sebagai Bendahara Pekok.
Temenggong Johor
Suminto mendakwa waris Temenggong Abdul Jamal |
Anak Tun Abbas iaitu Tun Abdul Jamal menggantikan bapa saudaranya menjadi Temenggong Johor yang menguasai Tanah Besar Johor dan Singapura, dan tinggal di Bulang, Kepulauan Riau.
Jawatan Temenggong Johor kemudiannya diwarisi dari generasi ke generasi oleh keturunan Temenggong Tun Abdul Jamal yang berkahwin dengan Daeng Maimuna Binti Daeng Perani, iaitu Temenggong Daeng Kechil, Temenggong Daeng Abdul Rahman, Temenggong Daeng Ronggek (atau dikenali sebagai Daeng Ibrahim) dan Temenggong Abu Bakar yang kemudiannya menjadi Maharaja Johor dan seterusnya Sultan Johor.
Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Telok Blangah Singapura |
Raja Temenggong Muar
Negeri Muar adalah wilayah di bawah empayar Johor yang dikurniakan sebagai mas kahwin oleh Sultan Ibrahim Shah kepada Datuk Pasir Diraja Tun Sayyid Jaafar yang mengahwinkan adiknya Puteri Bakal dengan baginda. Tun Sayyid Jaafar (yang juga merupakan abang kepada Tun Habib Abdul Majid) diberikan gelaran Raja Temenggung Muar dan diberikan kuasa autonomi dalam pemerintahannya oleh Sultan Johor.
Daripada keturunan Datuk Pasir Diraja Sayyid Jaafar, anaknya, Seri Akar Diraja menjadi Raja Temenggong Muar yang pertama dan seterusnya pemerintahan Muar membabitkan lapan orang Raja Temenggong berakhir dengan Temenggong Wan Abdul Rahman.
Kuasa pemerintahan Kerajaan Muar telah bertukar tangan kepada pemerintah Negeri Johor di bawah Maharaja Abu Bakar pada 5 Februari 1879 selepas berlakunya Perang Jementah (rujuk Buku Istana dan Politik Johor (1835-1885) karangan Prof Abdullah Zakaria Ghazali). Keturunan Raja Temenggong Muar diberi pencen kerabat sebagai gantirugi di atas kehilangan kuasa memerintah Negeri Muar secara turun-temurun sebanyak RM600 sebulan. Waris-waris dari keturunan Raja Temenggong Muar masih lagi mendapat pencen dari Kerajaan Negeri Johor hingga ke hari ini.
Tunku Temenggong Johor
Pada zaman pemerintahan Sultan Sir Ibrahim, gelaran Temenggong Muar telah dihapuskan sama sekali walaupun waris keturunannya masih menerima pencen kerabat. Sultan Sir Ibrahim seterusnya menamakan anaknya, Tunku Ahmad sebagai Tunku Temenggong Johor pada tahun 1922.
Ke hulur ke hilir dengan dogtag, lihat badan tak nampak askar! |
Kini, gelaran Tunku Temenggong Johor dipegang oleh Tunku Idris Iskandar Bin Sultan Ibrahim yang diisytihar pada tahun 2010. Baru-baru ini, Tunku Temenggong Idris dilantik sebagai Pemangku Raja Johor selama ketiadaan Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor ke luar negara.
Penulis tertanya-tanya, ke manakah perginya Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Bin Sultan Iskandar? Mengapakah tidak sahaja diberikan kepada Tunku Abdul Majid yang terkenal dengan kesamsengannya sebagai Pemangku Raja?
Tidak mengapalah, apa-apa pun penulis dan Malaysia in Crisis mengucapkan tahniah kepada Tunku Temenggong Idris yang dilantik sebagai Pemangku Raja Johor walaupun hanya untuk tempoh yang singkat.
Penulis tinggalkan blog entry ini dengan sekeping gambar yang diambil daripada Asia Tatler. Gambar yang diambil dalam satu majlis ini menunjukkan Tunku Idris begitu bergaya berposing dengan memegang segelas minimum. Dari susuk bentuk gelasnya menunjukkan itu adalah gelas champagne yang dipanggil sebagai flute.
Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris di dalam sebuah majlis dengan minuman champagne |
Hanya orang yang dungu sahaja akan mengatakan itu adalah jus epal kerana di dalam majlis-majlis keramaian seperti itu, setiap minimum diletakkan di dalam gelas yang berbeza. Wine mempunyai bentuk gelasnya yang tersendiri dimana white dan red wine juga mempunyai bentuk gelas yang berlainan. Begitu juga beer mug, brandy snifter (juga dipanggil balloon) dan jus buah-buahan mempunyai bentuk gelasnya tersendiri.
Pendek kata, dari susuk dan bentuk gelasnya sudah tahu apa isi minumannya. Dari Sultan, Tunku Mahkota, Tunku Bendahara hinggalah ke Tunku Temenggong, semuanya tak boleh dipakai!
- by Author MalaysiaCrisis
Hahahahahaprak je kerabat2 NOWadays..dulu2 sebelum 18th century ok gak kot.Now 'gaji-elaun' pun rakyat yg bayar(via cukai,etc..).Sume คนเจ้าเล่ห์ je Raja2,Sultan ni..lebih2 lagi dr nogori haramjadah เฒ่าหัวงู ni! ฮะฮะฮะฮะฮะฮะฮะ..
ReplyDelete*from I'mEVILx..ผมคือชั่วร้าย*
Sesiapa saja yg mengata orang...4 jari tunjuk pada diri sendiri. Maka sama sahajalah hancing jadahnya. Kalau dia atau kaum dia jadi kerabat diraja...babi pun mungkin jadi makanan harian. Klau PAS yg mengata aku tak heran....tapi bab commentor haprak macam korang...sendiri pikir
ReplyDelete