`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 21, 2013

PECAH BERITA! Ghani Othman Mula Terdesak Ugut Melayu Johor Pula!



Dilihat satu lagi kenyataan terdesak oleh BEKAS menteri besar Johor yang 'disingkirkan' Abdul Ghani Othman, ia sememangnya sudah dijangka.

Sentimen perkauman dan agama masih menjadi candu Ghani dalam setiap ceramah atau rapat umum setiap kali bertemu pengundi di parlimen Gelang Patah walaupun ia ternyata memakan diri sendiri.

Buktinya, hanya kira-kira 400 orang sahaja, kebanyakannya Melayu yang hadir dalam ceramah umum di Taman Melawati di Skudai sebentar tadi.

Menggunakan modal PAS sebagai serangan utamanya, Ghani tegas mengatakan konon sekiranya Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai perdana menteri, Melayu Johor akan menerima padah tak terbendung.

Tanpa menjelaskan apakah malapetaka tersebut, mimik muka Ghani dilihat lebih tertekan dan emosional, jauh sekali jika dibandingkan dengan 'wayangnya' ketika menjawat jawatan menteri besar dari 1995 hingga 3 April lalu.

Kononnya lagi, jika DAP menyokong Tuan Guru Abdul Hadi maka impian rakyat Johor untuk melihat orang Melayu kekal menjadi menteri besar akan musnah.

Ghani menabur fitnah jika Tuan Guru Abdul Hadi berkuasa, maka calon DAP akan dilantik menjadi menteri besar.

Padahal untuk apa PAS memilih calon DAP kerana Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sudah bersedia bila-bila masa untuk ditabalkan sebagai menteri besar.

Malah dalam undang-undang tubuh negeri juga menyebut, menteri besar mestilah beragama Islam dan berketurunan Melayu.

Tetapi tidak ada satu pun calon DUN dari DAP beragama Islam dan berketurunan Melayu, yang ada cuma calon DAP bagi parlimen Tanjong Piai, Mahdzir Ibrahim.

Salahuddin bertanding di dua kerusi, parlimen di Pulai dan kerusi DUN di Nusajaya.

Tambah Ghani, DAP akan menyokong Tuan Guru Abdul Hadi menjadi perdana menteri dan bukannya Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim.

Sedangkan umum telah pun mengetahui bahawa DAP sudah pun memilih Anwar sebagai calon perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya 6 Mei nanti.

Kenyataan Ghani dilihat sebagai salah satu usahanya untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan meniupkan api permusuhan dengan mendakwa DAP sebenarnya menyokong Tuan Guru Abdul Hadi dan bukannya Anwar. 

Dengan gaya dan lagak 'menteri besarnya' masih menebal, Ghani dikatakan gagal menyelami perasaan pengundi Gelang Patah dan akibatnya semua yang menantinya terpaksa melangut selama sejam setengah barulah BEKAS ADUN Serom ini muncul.

Sesi bertemu pengundi Cina seperti yang disasarkan rupanya hanya pengundi Melayu sahaja yang hadir walaupun ditemani ketua MCA bahagian yang sebelum ini 'merajuk', Jason Teoh.

Bayangkan kekecewaan yang diluahkan pengundi dan penyokongnya walaupun sebelum ini Ghani berjanji akan membuang semua 'gaya lamanya' sebagai menteri besar.

Sebaliknya, ia merupakan satu kelebihan buat DAP melalui Penasihat Kebangsaannya, Lim Kit Siang yang berjaya mengumpul lebih 4,500 penyokong kebanyakannya pengundi Cina dan 25 peratus penyokong Melayu yang membanjiri padang letak kereta di Skudai Mall malam tadi.

Malah penyokong Melayu dilihat sudah tidak merasa janggal mengibarkan bendera Roket milik DAP dan penyokong Cina terus menyerahkan bendera bulan milik PAS kepada pengundi Cina.

Mungkin ini juga faktor mengapa Ghani sanggup mengeluarkan kenyataan berbau perkauman dan fitnah kerana pasti sudah mengetahui bagaimana sambutan dan penerimaan rakyat Johor terhadap Pakatan Rakyat kebelakangan ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.