Oleh : MEDIA USNO
CALON-CALON USNO bertanding di 10 kawasan iaitu di tiga Parlimen dan tujuh Dewan Undangan Negeri Sabah atas tiket Bebas setelah permohonan mereka untuk menggunakan lambang USNO ditolak Suruhanjaya Pilihanraya.
Namun percubaan kedua menggunakan nama untuk dicetak dalam kertas undi 'SI USNO' juga telah ditolak kecuali seorang Calon mereka di N.54 Bugaya iaitu Abdullah Sani Hj Abdul Salleh yang telah melepasi halangan itu kerana NAMA SI USNO tidak mendapat bantahan dari pegawai Pilihanraya.
Akhirnya semua calon USNO telah menggunakan Logo Calon Bebas di hampir semua kawasan dengan lambang ‘RUMAH’ kecuali Calon N.52 Sulabayan, Mamat Balhana yang terpaksa menggunakan Lambang ‘KERUSI’ dan Calon N.54 Bugaya Abdullah Sani Hj Abdul Salleh mengunakan Lambang ‘BAJU’.
Semua Calon USNO yang turun bertanding telah dapat menyertai pilihanraya di Negeri Sabah yang diketuai oleh Presidennya yang juga anak Bapa Kemerdekaan Sabah, Datu Badaruddin Tun Mustapha yang bertanding di Parlimen P.189 Semporna menentang Calon BN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Di Dun Senallang menentang Datuk Nasir Tun Sakaran.
Setiausaha Agong USNO, Datu Arifin Datu Abdul Salam pula telah menggunakan Logo STAR di N.1 Banggi.
Berikut adalah kawasan yang ditandingi oleh calon USNO;
1.Datu Badarudin Tun Mustapha - LOGO RUMAH - P.189 SEMPORNA
2.Abdullah Sani - LOGO BAJU - N.54 BUGAYA
3.Fredie Japat A/K Simol - LOGO RUMAH - P.191 KELABAKAN
4.Hj Ahmad Awang - LOGO RUMAH - P.190 TAWAU
5.Abdillah Timbasal - LOGO RUMAH - N.55 BALUNG
6.Mamat Balhana - LOGO KERUSI - N.52 SULABAYAN
7.Abdul Sattal - LOGO RUMAH - N.51 KUNAK
8.Azlan Tsen - LOGO RUMAH - N.49 TUNGKU
9.Dt.Elahan Dt.AB - LOGO RUMAH - N.34 SEKONG
10.Dt.Badarudin Tun M - LOGO RUMAH - N.53 SENALLANG.
11. Dt.Arifin Datu Salam - LOGO STAR - N.1 BANGGI .
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.