`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 31, 2013

PATI SEMAKIN MEMBIMBANGKAN DI TAMBUNAN

Ketua Satria Pribumi's Mitchum Angelo (kanan) bersama Naib Presiden Pribumi's Johney Malibin (kiri)dalam satu sidang media berhubung kebanjiran PATI yang membimbangkan di Tambunan.

TAMBUNAN : Keluhan rakyat tempatan di daerah ini mengenai ancaman kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dikatakan berada di tahap kritikal akan disampaikan kepada pihak berwajib yang bertujuan untuk mendesak terutama pihak berkuasa bertindak segera menangani masalah tersebut.
Ketua Satria Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S) , Mitchum Angelo, berkata kehadiran pendatang di daerah ini telah mendatangkan masalah sosial, peluang perniagaan, selain menyebabkan persekitaRan alam sekitar daerah ini turut terjejas.
“ Apa yang saya lihat di Tambunan ini ialah kegagalan pihak berkuasa dalam menangani perlbagai masalah yang timbul , penguatkuasaan yang tidak efektif dan tidak berkesan,” kata Mitchum yang telah membuat pemantauan selama 1 bulan lalu termasuk menemuramah orang ramai berkaitan dengan pelbagai masalah PATI di sini.
Hasilnya kata Mitchum ialah beliau begitu terkejut dengan peranan pendatang asing berniaga secara berleluasa dan bergerak bebas dan peluang pekerjaan diambil alih orang asing.
Atas kegagalan itu kata Mitchum pihak beliau dan rakyat di pendalaman akan mengusulkan permasalahan ini terhadap wakil-wakil rakyat kawasan ini yang dikatakan gagal mendengar suara rakyat terutamanya mengenai soal pendatang asing yang menimbulkan ketakutan orang tempatan.
Bersama beliau membuat tinjauan ialah Naib Presiden Pribumis, Johney Malibin. “ Kami mengalu-alukan maklumat berkaitan PATI di kalangan masyarakat pendalaman kerana kita mahu kehidupan yang lebih selamat dan tidak terancam seperti apa yang berlaku sekarang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.