`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 31, 2013

PELAJAR UITM SABAH MAUT DILANGGAR LARI

MAUT: Mayat mangsa terbaring di atas jalan selepas dirempuh sebuah lori dalam kejadian langgar lari di Kampung Itol berhampiran Hospital Daro, petang kelmarin.
DARO: Seorang penuntut lelaki di Universiti Te­knologi MARA (UiTM) dari Sabah maut dalam kejadian langgar lari di Kampung Itol berhampiran Hospital Daro di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dikenali sebagai Nur Hibat­ullah Ibrahim, 21, berasal dari Daro maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta beberapa bahagian anggota badan yang lain.
Menurut saksi kejadian, ketika kejadian mangsa dika­takan dalam perjalanan dengan menunggang motosikal untuk melawat saudaranya di Kampung Badung.
Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan mangsa dirempuh sebuah lori dari arah belakang.
Pemandu lori terbabit terus memecut kenderaannya dan meninggalkan mangsa ter­baring di atas jalan di lokasi kejadian.
“Dalam kejadian sekelip mata itu, motosikal yang ditunggang mangsa terbabas selain mangsa turut terpelant­ing tidak jauh dari kenderaan­nya di atas jalan.
“Akibat rempuhan kuat itu, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan anggota badan serta meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Daro untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh kelu­arganya,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Balai Polis Daerah Daro DSP Wanger Lisa Libut ketika dihubungi berkata, Balai Polis Daro ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.
Mayat mangsa selamat dikebumikan oleh keluar­ganya di Tanah Perkuburan Islam Daro di sini kira-kira jam 1.30 petang semalam. (THEBORNEOPOST)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.