`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 31, 2013

Sistem cukai jalan tergendala

Sistem cukai jalan tergendala menyukarkan orang ramai membuat urusan.
By William Mangor
KUCHING:  Sarawak menghadapi masalah sistem memperbaharui cukai jalan. Sejak minggu lalu seluruh negeri menghadapi masalah ini disebabkan kerja menaik taraf sistem lama.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Rogie Saui bahagian seksyen IT di ibu pejabat JPJ sedang memperbaiki masalah ini.
“Orang ramai masih boleh memperbaharui cukai jalan tetapi mereka perlu menunggu kerana kami sedang di dalam proses menaik taraf sistem,” tegasnya.
Beliau berkata JPJ Persekutuan telah mengeluarkan notis keterangan mengenai masalah ini.
“Jika cukai jalan belum mencapai tarikh luput, mereka boleh memperbaharui setelah sistem kembali normal,” katanya.
“Jika cukai jalan pemandu bas tamat tempoh, mereka boleh memperbaharuinya di pejabat kita dan itu mengambil proses yang lama,” tegasnya.
Beliau menambah masalah ini  disebabkan JPJ sedang melakukan tranformasi perkhidmatan.
Menurut sumber di Pejabat Pos Kenyalang semalam, orang ramai masih meneruskan urusan mereka membayar bil dan ada juga yang membayar cukai jalan.
Walaubagaimanapun, perkhidmatan memperbaharui cukai jalan masih tergendala di pejabat pos itu.
Kerani Penghantaran, Awang Zulkifili, kecewa dengan masalah ini.
“Saya faham perkhidmatan tergendala dan sistem yang ada sangat perlahan. Ini menyukarkan orang ramai kerana menunggu masa yang lama dan menyebabkan kesulitan kepada semua orang,” katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.