`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 31, 2013

UTM cipta Sistem Pemprosesan Ayam Halal Automatik

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini, berjaya membangunkan teknologi Sistem Pemprosesan Ayam Halal Automatik (SYCUT) berasaskan syariah membabitkan kos RM1 juta.
Ia bagi memastikan ayam disembelih mengikut syarak. 
Teknologi berkenaan dicipta khas bagi memastikan bekalan ayam menepati syarat halal ladang ternakan manakala penyembelihannya sah dan halal. 

Sistem mesra pengguna ini berasaskan sistem jaringan web untuk mengawal dan memantau setiap tahap penyembelihan sah serta halal mengikut syariat Islam.
Foto
Rubiyah (kanan) bersama Pemangku Naib Canselor UTM, Prof Dr Mohd Azraai Kassim menunjukkan sistem SYCUT. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim

Ia membabitkan kamera pengesan ringkas yang dipasang berfungsi memantau setiap bahagian rumah penyembelihan yang bersambung terus kepada sistem data dan akses Internet.

Ketua Penyelidik SYCUT UTM Profesor Datin Dr Rubiah Yusof berkata, SYCUT dihasilkan lapan penyelidik daripada Pusat Kecemerlangan CAIRO UTM dan mengambil masa dua tahun untuk dibangunkan. 

"Sistem ini dicipta bertujuan untuk memastikan ayam yang disembelih menepati syarat halal apabila terputusnya urat halkum (saluran penafasan) dan mari' (saluran makanan). 

"Sistem berfungsi untuk mengesan status sembelihan menerusi kamera pengesan ringkas yang dipasang dan menghantar imej kepada perisian SYCUT. 

"Alat pengesan akan berbunyi jika tahap pemprosesan tidak menepati kaedah halal," katanya di Bangunan Canselori UTM, hari ini. 

Rubiah berkata, kaedah lama secara manual bagi mengesan haiwan sembelihan sama ada sah atau sebaliknya mengambil masa lama dan memerlukan fokus tenaga manusia yang ada kalanya tersilap. 

"Dengan penggunaan sistem ini, kita hanya memerlukan satu saat untuk mengesan haiwan sembelihan sama ada ia halal atau sebaliknya. 

"Malah sistem ini juga menjimatkan masa, kos dan tenaga manusia, ia boleh mencapai pengeluaran ayam antara 1,000 hingga 2,000 ayam sehari," katanya. 

Menurut Rubiah, sistem berkenaan dipatenkan pada tahun lalu dan diguna pakai Pusat Pemprosesan Ayam Az-Zain di Semenyih, Selangor. 

Teknologi canggih berkenaan akan meningkatkan tahap imej produk halal di Malaysia dan perintis pemantauan produk halal di dunia. 
Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.