Salam. Pejam celik pejam celik, sudah 2 minggu lebih kita berpuasa, setakat hari ini apakah pernah kita muhasabah diri. Apakah puasa aku hari ini lebih baik dari semalam, adakah puasa aku hari ini mengekang aku dari melakukan maksiat dan apakah puasa aku hari ini menambahkan amal ibadat aku kepada Allah.
Sesungguhnya puasa itu sebenarnya tidak hanya berlapar dan dahaga sahaja, tetapi ianya jalan menuju taqwa kita kepada Allah. Bagaimana untuk kita mencari Taqwa itu. USAHA dan MOTIVASIKAN MINDA ANDA adalah kata kuncinya.
Semua di dunia ini perlukan usaha untuk berjaya, apakah kita berjaya dalam exam jika tidak menelaah pelajaran, apakah kita akan kaya jika tidak berusaha, semuanya memerlukan usaha.
Apakah usaha ini perkara yang mudah dilakukan? Usaha memerlukan motivasi minda yang tinggi dalam kita mengejar kejayaan. Orang yang berjaya tidak akan berjaya tanpa usaha, kerana usaha adalah jalannya walau pun jalan itu penuh berliku.
Persis kita mencari TAQWA, ia bukan suatu yang mudah dan boleh dipandang enteng, Dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Allah taala akan menurunkan satu malam yang tiada bandingnya iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, malam LAILATUQADAR.
Ramadhan sampai kekemuncaknya apabila tiba saat 10 malam terakhir, kita semua akan berusaha mencari malam itu, Usaha dan Motivasi Minda sangat penting untuk kita kekal mencari Taqwa pada malam itu.
Betapa banyaknya malaikat yang turun ke bumi saat malam Lailatuqadar akan mengaminkan doa kita semua yang mengadu dan meminta apa sahaja daripada Allah.
Insyaallah dengan niat, usaha dan semangat untuk mencari Laiatulqadar itu Allah akan mengabulkannya.
Kepada yang bersalah kepada ibu bapa, mohon la ampun sebelum tiba saat 10 malam terakhir, kepada sesiapa yang tidak bertegur sapa dengan kawan-kawan (memutuskan silaturrahim), mohon maaf lah. Sesiapa yang berlaku zalim pada pengikutnya/rakyatnya, berlaku adillah.
Sesungguhnya ketiga-tiga perkara tersebut akan menhijabkan diri kita dalam mendapatkan malam Lailatuqadar itu.
TA : Mohon pencerahan daripada ustaz, saya hanya merungkaikan daripada sudut pandang berdasarkan kuliah-kuliah yang dipelajari.
-Tinta Asyraf
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.