`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 20, 2013

APA LAGI SPRM MAU???? ADAKAH SPRM HANYA BERTINDAK KE ATAS PENGAMAL POLITIK WANG BERTARAF IKAN BILIS SEDANGKAN IKAN JERUNG HANYA DIRUJUK KEPADA LEMBAGA DISPLIN UMNO????



Kisah politik wang atau bahasa dan istilah tepatnya politik rasuah sudah menjadi perbualan dan rahsia terbuka sebagai amalan dan budaya umno kalau mau menang sebarang jawatan dalam parti.

Nilai wang ditabur bergantung kepada taraf jawatan yang mau dimenangi .. lagi tinggi jawatan tersebut lagi banyak wang di gunakan untuk menyogok ahli.

Ini adalah bukti jelas yang di hebahkan secara terbuka oleh seorang ahli UMNO berstatus Datuk yang tumpas ditangan calon yang mengamalkan politik rasuah.

Pihak SPRM patut bertindak bijak dan cepat kutip maklumat ini dan jadikan sebagai laporan rasmi bagi memulakan siasatan berlakunya kegiatan rasuah yang begitu rancak dan meriah sekali pada Pemilihan UMNO 2013 ini.

Buktikan kepada dunia kewujudan SPRM bukan sekadar cekup ikan bilis untuk di jadikan KAMBING HITAM tetapi sebaliknya IKAN JERUNG untuk dijadikan teladan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.